Skip to main content

Bola Sepak

Amad Diallo akhirnya minta maaf bertindak balas kurang sopan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diallo.jpg
Bintang muda Manchester United, Amad Diallo, memohon maaf atas tindakan kurang sopannya dalam kunjungan ke Malaysia, kelmarin. 

Terdahulu, Diallo menegaskan bahawa dia tidak kesal dengan tindakannya sambil menjelaskan bahawa dia berkelakuan sedemikian berhubung kejadian selepas di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana didorong oleh oleh peminat terhadap ibunya.

Namun, hari ini Diallo secara rasmi memohon maaf selain mengulangi bahawa seronok dalam kunjungan ke Malaysia sempena perlawanan Maybank Challenge Cup.

"Sekali lagi, bukan niat saya untuk menyakiti orang lain, saya bertindak balas terhadap (kelakuan) orang yang tidak sihat. 




"Saya minta maaf kepada yang berasa bimbang.

"Kami seronok berkunjung ke Malaysia," menurutnya dalam satu kenyataan. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video