Dani Alves menyokong rakan sepasukan di Paris Saint-Germain (PSG) dan Brazil, Neymar, untuk menjadi semakin matang dan mengubah kelakuannya susulan kritikan yang diterimanya dalam Piala Dunia Russia lalu.
Neymar, 26, dikritik kerana sering berlakon merebahkan badan dan membesar-besarkan kekasaran terhadapnya dalam temasya Russia 2018 yang menyaksikan negaranya tersingkir di peringkat suku akhir.
Alves berasakan pengalaman itu akan membawa kepada perubahan dalam diri Neymar sambil menyokong bintang itu untuk matang dan belajar pada masa akan datang.
"Dalam kehidupan, kadang-kadang perkara yang berlaku membuatkan anda bertambah matang dan membuat anda menyedari bahawa anda perlu bertambah baik sebagai seorang profesional," katanya kepada pemberita semalam.
"Saya kerap bercakap dengan Neymar, saya fikir dia menimba pengalaman daripadanya dan kritikan yang diterimanya semasa Piala Dunia akan menjadikannya lebih matang (membawa kepada perubahan tingkah laku)."
Alves berkata, Neymar yang telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan membabitkan PSG musim ini perlu menerima kritikan dan berkembang sebagai pemain.
"Anda meninggalkan sikap kebudak-budakan lalu anda menjadi seorang lelaki matang dan apabila anda mula menjadi seperti itu, keputusan dan sikap anda akan bertambah baik," katanya.
"Saya memberitahunya bahawa jika semua orang memberitahunya perkara yang sama dan bukan setakat seorang-dua, maka ada yang tidak betul.
"Kita semua mempunyai kelemahan tetapi kita tidak perlu kekal dengan kelemahan itu.
"Dalam kehidupan, kita harus berusaha untuk terus berkembang kerana kita semua bijak."