Dani Alves berkata Paris Saint-Germain (PSG) harus memperbaiki rekod mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) sebelum edisi 2019 berlangsung.
PSG akan mengunjungi Liverpool, Selasa depan, bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan sebelum pertemuan dengan Red Star Belgrade dan wakil Serie A, Napoli.
Juara Ligue 1 itu akan memakai jersi yang dilengkapi dengan logo milik jenama Jordan Brand, Jumpman, selepas kesepakatan dengan legenda bola keranjang itu diumumkan semalam -- kali pertama jenama itu dipaparkan di seragam bola sepak global.
Alves, yang bercakap dalam majlis pelancaran seragam itu, berkata PSG perlu menyasarkan peningkatan dalam UCL selepas berulang-kali gagal melepasi peringkat suku akhir meskipun membuat pelaburan besar.
"Kami perlu berhati-hati untuk perlawanan seterusnya (melawan Liverpool) kerana kami bermain menentang kelab lebih besar dan saingan ini sangat sukar," kata Alves kepada Omnisport.
"Atas sebab itu, kami perlu lebih berhati-hati berbanding perlawanan lain tetapi kami menerima cabaran dan persaingan ini, kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza daripada musim lalu.
"Saya fikir untuk PSG -- mana-mana kelab -- yang telah membuat pelaburan yang besar ke atas pemain dan kakitangannya, sebaliknya terkandas dalam cabaran pertama dalam saingan sebenar, ia tidak bagus.
"Ia tidak baik untuk saya, ia tidak baik untuk kelab dan ia tidak baik untuk kita dan kami perlu mengubah sesuatu. Mentaliti mencerminkan apa yang kami lakukan tetapi pada tahun ini kami tidak mempunyai peluang untuk gagal lagi."
Musim lalu, PSG ditewaskan Real Madrid dalam pusingan 16, kalah kedua-dua pertemuan tatkala anak buah Zinedine Zidane itu terus mara untuk memenangi kejohanan itu buat tahun ketiga berturut-turut.