JUVENTUS 2 MONACO 1
(Juve mara ke final dengan agregat 4-1)
Dani Alves menegaskan dia tidak akan mengubah pendekatan serta gaya permainannya yang berjaya membantu Juventus melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Alves merupakan penggerak utama jaringan juara Itali itu ketika menewaskan Monaco 4-1 menerusi agregat untuk menempah slot ke perlawanan akhir apabila merakamkan kemenangan 2-1 dalam aksi timbal balik, awal pagi tadi.
Pemain berusia 34 tahun itu, yang kini mengintai gelaran UCL yang keempat selepas memenangi tiga bersama Barcelona, menyifatkan kerajinannya telah membantu mencapai tahap terbaik beraksi bersama Juventus.
"Adakah saya terkejut masih berada di tahap ini? Saya banyak bekerja, saya sering menghidupkan perlawanan dengan penuh semangat dan intensiti yang tinggi," kata Alves.
"Segala pencapaian yang saya hasilkan adalah keputusan daripada apa yang saya usahakan, semangat profesionalisme, dan saya meraih setiap hasil kerja saya yang anda tidak lihat."
Alves telah membuat 28 penampilan dalam semua kejohanan musim ini untuk Juve, mengalami kecederaan patah kaki Disember lalu tetapi kini dia sudah berada di tahap terbaik.
"Pada mulanya, ia seperti menyusahkan saya, tetapi di sini terdapat cara yang berbeza untuk melihat bola sepak," katanya.
"Ketika saya sedang menyesuaikan diri, saya mengalami kecederaan dan kini akhirnya saya kembali menemui rentak permainan saya."