LEVERKUSEN 0 BAYERN 0
Bayer Leverkusen memperagakan prestasi hampir sempurna ketika seri 0-0 menentang Bayern Munich awal pagi tadi dan satu-satunya elemen yang hilang ialah gol untuk menobatkannya satu persembahan yang "hebat", kata pengurusnya, Xabi Alonso.
Juara menguasai dari awal permainan dan dua kali percubaan mereka di pertengahan babak pertama terkena tiang, sekali gus menyerlahkan keupayaan pelawat menerusi permainan tekanan tinggi mereka.
Sejak pengumpulan data Opta bermula pada 2004–05, Leverkusen muncul satu daripada dua pasukan yang tidak melepaskan satu pun percubaan ke sasaran ketika menghadapi Bayern dalam Bundesliga.
Hanya Wolfsburg pernah mencapai prestasi itu pada Mei 2008.
"Kami mempunyai perasaan bahawa kami telah menyajikan satu permainan yang hebat," katanya dalam sidang akhbar.
“Corak permainan kami adalah yang terbaik untuk menentang Bayern tahun ini, malah tahun lalu.
"Kami telah melakukan hampir segala-galanya dengan betul tetapi kami terlepas aspek gol. Kami mencipta peluang yang mencukupi.
"Ini satu persembahan yang hebat. Apa yang membezakannya ialah keputusan, yang mana kami tidak begitu gembira. Tetapi itulah bola sepak.
Leverkusen gagal memotong kelebihan lapan mata Bayern dalam perebutan kejuaraan, namun Alonso tidak percaya harapan mereka untuk mengekalkan mahkota Bundesliga sudah berakhir.
"Masih terdapat banyak mata untuk direbut," katanya lagi.
"Kami masih bersaing dalam ketiga-tiga pertandingan."

0 - Bayer 04 Leverkusen are only the second team not to concede a shot on target in a Bundesliga match on record (since 2004-05) against Bayern Munich, previously only VfL Wolfsburg managed this in May 2008 within that period. Anomaly. pic.twitter.com/VklOiinRCW
— OptaFranz (@OptaFranz) February 15, 2025