Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Alli yakinkan percaturan berisiko Southgate tidak jejas 'momentum' Three Lions

alli.jpg
Dele Alli mengesahkan keputusan pengurus England, Gareth Southgate, merehatkan pemain dalam perlawanan terakhir menentang Belgium tidak menjejaskan momentum mereka menjelang pertembungan pusingan 16 Piala Dunia di Russia berdepan Colombia, Rabu ini.

Belgium dan England mendapati mereka berada dalam kedudukan istimewa untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas berentap di antara satu sama lain dengan kedudukan kedua Kumpulan G dilihat berpotensi memberikan mereka laluan mudah ke final.

Skuad bimbingan Roberto Martinez itu meledak gol tunggal perlawanan menerusi usaha Adnan Januzaj.

Namun, ada yang mengatakan England sengaja tewas dalam usaha mendapatkan laluan lebih mudah 
di peringkat kalah mati, dengan kekalahan itu telah menjejaskan momentum mereka susulan lapan perubahan yang dilakukan Southgate.

Namun, Alli tidak mengambil pusing perdekatan itu sambil menyatakan keyakinan bahawa skuad itu tetap bersemangat tinggi seperti sebelumnya.

"Pertama sekali, kami perlu menjelaskan bahawa skuad ini terdiri daripada 'pemain berkelas A'," kata Alli kepada wartawan. "Kami bersatu hati dalam soal ini.

"Kami bermain dengan baik (menentang Belgium). Pengurus membuat keputusan dan kami semua membantunya. Kami tidak kehilangan sebarang momentum.

"Kami semua teruja dan berjuang untuk mara, dan tidak sabar lagi untuk aksi perlawanan seterusnya. Adalah penting untuk kami bertindak positif terhadap kekalahan itu. Kami sedar mereka sebuah pasukan yang berbahaya, begitu juga dengan kami," tambahnya.

Southgate memiliki kesemua pemainnya untuk disenaraikan, dengan John Stones satu-satunya yang berada dalam keraguan kecil dan dia mungkin pulih biarpun mengalami luka di kakinya ketika menentang Belgium.

Colombia dijangka memberikan cabaran besar buat England, namun mereka prestasi setakat ini sukar dijangkakan.

Walaupun mereka menghasilkan salah satu daripada persembahan terbaik Piala Dunia dalam kemenangan 3-0 ke atas Poland, namun mereka kecundang 0-1 kepada Jepun setelah mengerah kudrat mengharungi 87 minit permainan dengan 10 pemain kerana kad merah Carlos Sanchez -- dan tenggelam ketika membenam Senegal 1-0.

Situasi bintang, James Rodriguez, menghadirkan kebimbangan utama selepas dia mengalami kecederaan otot ketika menentang Senegal. Walaupun tidak serius, Colombia belum dapat mengesahkan untuk menggunakan khidmatnya atau tidak.

Sekiranya James tercicir, Radamel Falcao akan memikul tanggungjawab besar dan dia tidak akan berseorangan kerana Luis Muriel bakal memainkan peranan khas demi memastikan El Trigre tidak terasing. 

"Salah satu perkara yang dipesan jurulatih kepada saya adalah tidak membiarkan Falcao berseorangan," kata penyerang Sevilla itu. 

"Saya harus menemaninya supaya dia tidak mengerah terlalu banyak tenaga untuk menghadapi empat pemain pertahanan. Kami saling memahami antara satu sama lain dan apabila perlawanan berlangsung, pergerakan kami akan menjadi lebih baik."

Jurulatih, Jose Pekerman, mungkin boleh menyenaraikan semula pemain tengah, Abel Aguilar, selepas dilanda kecederaan otot, namun Miguel Borja (lutut) kekal dalam keraguan.

PEMAIN TUMPUAN

Colombia: Juan Fernando Quintero


Quintero muncul pemain paling menyerlah buat Colombia setakat ini. Tatkala kelibat James belum dapat dipastikan lagi, bintang River Plate berkenaan menampilkan persembahan memukau dan jangkauan gerakan kreatifnya boleh mencetuskan masalah kepada pertahanan England.
 

England: Harry Kane

Memandangkan dia telah menyumbat lima gol dalam dua perlawanan terawal, tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Kane merupakan nadi England. Penggempur Tottenham berkenaan mempamerkan naluri membunuh luar biasa di Russia dan dia pasti akan menikmati peluangnya untuk berentap dengan rakan sepasukan kelabnya, Davinson Sanchez.
 

Advertisement

Must Watch Video