Skip to main content

Bola Sepak

Alli salah seorang pemain tengah terbaik Eropah -- Pochettino

delealli.jpg
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, berkata Dele Alli merupakan salah seorang pemain tengah terbaik Eropah apabila memuji kematangan bintang Spurs itu.

Alli memakai lilitan kapten ketika Tottenham meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Watford dalam pusingan ketiga Piala EFL.

Perangai pemain berusia 22 tahun itu merupakan isu yang lalu dan Pochettino gembira dengan perkembangan pemain kebangsaan England itu.

"Mengetuai pasukan merupakan sesuatu yang bermakna -- bukan sahaja memakai lilitan di lengan," kata Pochettino.

"Alli bercakap dari hati ketika memberikan kata-kata semangat kepada pasukan dan saya menyukainya. Saya tidak boleh memberitahu apa yang dikatakan tetapi ia sangat bagus.

"Alli kini lebih matang dan berpengalaman. Ketika muda, anda sering melakukan perkara-perkara yang salah tetapi dia sudah dewasa.

"Dia merupakan salah seorang pemain tengah terbaik England dan Eropah dalam posisinya. Saya berharap pengalaman sebagai kapten buat pertama kali akan membantunya untuk terus meningkat naik," ujarnya.

Tottenham akan berkunjung ke Huddersfield Town untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.

Advertisement

Must Watch Video