Skip to main content

Bola Sepak

Allegri tukar fokus ke Liga Juara-Juara selepas musim 'hebat'

28517donadoniallegri.jpg
BOLOGNA 1 JUVENTUS 2

Massimiliano Allegri merancang untuk menamatkan musim "hebat" Juventus dengan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas mereka mengakiri kempen Serie A dengan kemenangan di Bologna.


Skuad Bianconeri berjuang selepas ketinggalan untuk menang 2-1 awal pagi tadi menerusi jaringan Paulo Dybala dan pada masa kecederaan, penyerang remaja, Moise Kean, melengkapkan musim sempurna di mana mereka memenangi liga dan Coppa Italia.

Sementara itu, Allegri menghadiahkan pujian khas buat Kean dan pemain muda lain skuad Juve, dengan tumpuannya segera berpaling ke final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Cardiff.

"Musim ini, sekarang, adalah indah," katanya kepada Mediaset Premium. "Kami mempunyai Cardiff (final) dan, dari hari Isnin, kami akan bersiap hanya untuk menang.

"Ia indah untuk perhatikan permainan Kean dan (penjaga gol berusia 20 tahun Emil) Audero. Ada lagi pemain baik yang lain, yang akan bermain tahun depan. Pasukan bermain dengan baik dan kami bangun selepas gol.

"Kali pertama kami pergi (ke final Liga Juara-Juara) menentang Barcelona pada 2015) dengan bermain lembut. Kami akan pergi ke Cardiff dengan ketenangan, seperti bagaimana final dimenangi.

"Ia akan menjadi perlawanan yang menarik menentang pasukan yang luar biasa. Kami perlu bermain dengan yakin -- ia adalah perlawanan penting yang tidak berlaku setiap tahun.

"Kami akan bermain buat kali kedua selepas tiga musim yang hebat, terima kasih kepada pemain dan kelab. Ia memerlukan semangat (menang) tetapi juga ketenangan."

Advertisement

Must Watch Video