Massimiliano Allegri menegaskan dia tiada masalah untuk berehat setahun daripada bola sepak jika peluang tepat tidak muncul setelah meninggalkan Juventus.
Aksi terakhir Allegri mengendalikan Juventus berakhir mengecewakan setelah tewask 2-0 di tangan Sampdoria awal pagi tadi susulan jaringan daripada Gregoire Defrel dan Gianlua Caprari.
Pengendali berusia 51 tahun itu dikaitkan dengan beberapa jawatan pengurus kelab di Eropah -- termasuk Chelsea dan Bayern Munich -- tetapi Allegri menegaskan dia tidak tergesa-gesa mengambil langkah seterusnya dan sedia untuk menunggu peranan yang terbaik.
"Apabila peluang tiba, saya akan kembali ke bangku simpanan atau saya akan berehat setahun," katanya.
"Jika ada peluang untuk saya pilih, saya akan pilih pasukan begitu. Tawaran menarik? Masih tiada. Tiada guna bercakap mengenai perkara akan datang ketika ini."
Allegri memenangi Serie A dalam lima musimnya di Allianz Arena dan percaya penggantinya akan meneruskan kesinambungan itu, malah lebih kuat berbanding pasukan lain di Itali.
"Siapa sahaja hadir ke sini akan meraih pasukan yang lebih kuat berbanding pencabar lain," tambah Allegri.
"Terdapat 90 peratus peluang untuk memenangi liga sekali lagi."
Allegri diberi sambutan baik oleh penyokong Juve sejak keputusan itu dibuat minggu lalu dan dia gembira dapat meninggalkan gergasi Itali itu dalam corak positif.
"Di stadium, mereka sangat penyayang. Di rangkaian sosial, ada yang disembunyikan," tambahnya.
"Saya tidak mudah tersentuh tetapi reaksi yang ditunjukkan sangat hebat dan saya lega dapat pergi dengan memori indah."