Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, mengesahkan bahawa Cristiano Ronaldo akan membuat penampilan sulung di laman sendiri dalam aksi Serie A berdepan Lazio.
Penampilan pertama Ronaldo dalam saingan kompetitif hadir menerusi kemenangan 3-2 ke atas Chievo -- Federico Bernardeschi muncul wira dengan jaringan pada penghujung permainan.
Bekas bintang Real Madrid itu gagal meraih sebarang jaringan dalam aksi tersebut, dengan rentak permainan pasukan yang lebih efektif apabila dia bertindak sebagai pemain sayap selepas Mario Mandzukic hadir sebagai pemain gantian.
Walaupun masih dilihat belum mencapai tahap kecergasan yang terbaik, Ronaldo akan terus beraksi berdepan Lazio, dengan Allegri menjangkakan penambahbaikan dalam mutu jentera serangan beraksi di laman sendiri.
"Ronaldo akan beraksi berdepan Lazio," kata Allegri. "Barisan penyerang pasukan adalah yang paling menjalani latihan pra-musim. Mereka harus dipantau dengan sebaik mungkin.
"Ronaldo sentiasa mahu melakukan yang terbaik. Dia seorang yang bersifat kompetitif dalam setiap apa yang dilakukan. Ronaldo membinan kejayaan menerusi kerja keras dan pengorbanan.
"Saya menjanjikan permainan yang lebih baik di antara pemain tengah dan penyerang dalam aksi seterusnya."
Sementara itu, Allegri masih belum memutuskan sama ada pemenang Piala Dunia, Blaise Matuidi, sudah sedia untuk diturunkan.
"Matuidi adalah pemain yang penting buat pasukan, dia telah mempamerkannya musim lalu. Dia berada di tahap terbaik tetapi saya masih perlu membuat keputusan sama ada perlu ataupun tidak menurunkannya. Saya memiliki barisan tengah yang bertaraf dunia.
"Lazio adalah pasukan yang mengutamakan fizikal dan permainan yang tersusun. Mereka gemar melancarkan serangan balas. Jadi, kami perlu memberikan tumpuan sepanjang permainan."