Massimiliano Allegri mempertahankan corak permainan yang diterapkannya selepas Juventus diikat 1-1 oleh Torino dalam aksi 'derby' Turin di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo menanduk masuk gol penyamaan pada enam minit terakhir perlawanan bagi memadam jaringan awal Sasa Lukic untuk juara Serie A itu meneruskan rekod satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir.
Allegri bercakap kepada Sky Sport Italia buat kali pertama sejak bertengkar dengan pengulas jemputan, Lele Adani, minggu lalu di mana dia dikritik ekoran pendekatan negatifnya ketika tewas kepada Ajax dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
"Saya amat kecewa terhadap apa yang berlaku Sabtu lalu, namun saya berada di sini untuk bercakap mengenai apa yang berlaku di atas padang dan saya ingin menegaskan bukan semua perkara perlu didedahkan.
"Semua pihak sudah bertahun-tahun bercakap mengenai evolusi bola sepak tetapi saya tidak fikir kita perlu melupakan cara lama, termasuk apa yang diajarkan jurulatih sewaktu zaman remaja.
"Bola sepak bukanlah sains yang tepat. Jika tidak, anda akan dapat menjelaskan mengapa kami hanya memperoleh 38 peratus penguasaan ketika menewaskan Real Madrid 3-1 (Liga Juara-Juara Eropah pada 2018), namun menguasai perlawanan dengan Ajax tetapi tewas.
"Benar sesiapa saja mempunyai hak untuk melontarkan pandangan dan saya boleh dikritik tetapi kita perlu menghimpunkan sesuatu yang dipelajari pada waktu lalu dengan apa yang menanti kita pada masa depan.
"Pemain merupakan bintang, mereka yang akan beraksi dalam perlawanan.
"Kami sebagai jurulatih hanya boleh meletakkan mereka di tempat paling tepat untuk mereka melakukan yang terbaik.
"Mereka mungkin mengkritik pendekatan saya, namun tugas jurulatih adalah untuk memberikan keputusan yang baik buat kelab," katanya.