Skip to main content

Bola Sepak

Allegri: Old Lady akan bangkit

15517gonzalohiguain.jpg
Massimiliano Allegri mahu memastikan Juventus bangkit bagi menghadapi pecutan terakhir musim ini selepas tewas 3-1 kepada Roma, awal pagi tadi.

Dalam pertemuan di Stadio Olimpico itu, Juve hanya memerlukan satu mata untuk menjulang Scudetto buat kali keenam berturut-turut.

Mario Lemina yang merupakan antara enam pemain diberikan peluang oleh Allegri untuk beraksi, membuka jaringan pada minit ke-21.

Daniele De Rossi menyamakan kedudukan empat minit kemudian sebelum Stephan El Shaarawy dan Radja Nainggolan menyumbat masuk dua gol buat pasukan tuan rumah untuk skuad kendalian Luciano Spalletti meraih tiga mata penuh.

Juve akan ditabalkan seabgai juara di laman sendiri ketika berdepan Crotone minggu hadapan tetapi mereka perlu berdepan Lazio terlebih dahulu bagi aksi final Coppa Italia, Rabu ini.

Selepas gagal menjuarai Serie A dalam dua perlawanan berturut-turut, Allegri berharap kekalahan ini akan membangkitkan semula semangat pemain-pemain.

"Ia merupakan separuh masa pertama yang baik, kedua-dua pauskan mempamerkan kesungguhan untuk melakar kemenangan," kata Allegri.

"Roma bangkit dalam separuh masa kedua dan menjaringkan dua gol.

"Kekalahan ini akan kembali memberikan fokus kepada kami untuk aksi final Coppa Italia berdepan Lazio."

Advertisement

Must Watch Video