Skip to main content

Bola Sepak

Allegri mahukan lebih lagi daripada Juventus

massimiliano-allegri.jpg
Massimiliano Allegri berpuas hati dengan layanan Juventus menyambut Cristiano Ronaldo yang beraksi di laman sendiri berdepan Lazio tetapi berharap pasukan dapat meningkatkan lagi mutu permainan dalam aksi Serie A akan datang.

Juve sibuk dalam jendela perpindahan kali ini, dengan membawa masuk Ronaldo, Joao Cancelo, Emre Can dan beberapa pemain lagi di samping menerima kepulangan bekas pertahanan, Leonardo Bonucci.

Bianconeri masih belum mempamerkan aksi berkualiti dalam dua kemenangan yang diraih tetapi kejayaan menundukkan Lazio 2-0 memberikan kepuasan kepada Allegri yang mahukan peningkatan lagi daripada pasukannya.

"Ia adalah perlawanan berbeza dibandingkan ketika berdepan Verona (menang 3-2 ke atas Chievo dalam aksi sulung)," kata Allegri.

"Pada permulaannya, kami agak tergesa-gesa. Kami perlu lebih bersabar ketika menyerang.

"Tetapi saya gembira dengan persembahan pemain-pemain. Ia kemenangan yang penting berdepan antara seteru utama.

"Kami perlu bekerja keras dan memperbaiki mutu permainan. Dengan adanya pemain baru seperti Cancelo, Bonucci, Ronaldo, pasukan ini masih memerlukan masa.

"Bola sepak Itali berbeza dengan saingan di Sepanyol. Ronaldo memahamiya dan cuba menyesuaikan diri. Dia seorang pemain yang merendah diri dan saya berpuas hati dengan impak yang dipamerkannya setakat ini," ujarnya.

Miralem Pjanic menandantangani kontrak baru selama lima tahun minggu ini dan meraikannya dengan jaringan pembukaan perlawanan.

"Saya gembira kerana dapat memanjangkan lagi masa berdepan kelab ini. Saya dedikasikan jaringan itu kepada penyokong, rakan sepasukan dan kelab ini," katanya.

"Persembahan saya telah meningkat sejak beberapa tahun ini dan saya berterima kasih di atas pengalaman bersama kelab ini. Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan anda semua."

Advertisement

Must Watch Video