Skip to main content

Bola Sepak

Allegri: Juve miliki kualiti bergelar juara UCL

10517allegri.jpg
JUVENTUS 2 MONACO 1
(Juve mara ke final dengan agregat 4-1)

Massimiliano Allegri percaya Juventus memiliki kualiti untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) apabila menewaskan Monaco 4-1 menerusi agregat untuk mara ke final.


Jaringan Mario Mandzukic dan Dani Alves sudah memadai untuk mengatasi pendahului Ligue 1 itu 2-1 di Stadium Juventus. Jaringan sagu hati Monaco terhasil menerusi Kylian Mbappe pada minit ke-69.

Kapten pasukan, Gianluigi Buffon, menyifatkan kemaraan ke final tanpa pulang menjulang kejuaraan di Cardiff tidak akan memberikan sebarang makna dan Allegri optimis kepentingan buat Juve untuk melakukan 'treble' musim ini.

"Saya setuju dengan pendapat Buffon. Kami berada di final dan akan memberikan yang terbaik untuk menjuarainya," kata Allegri.

"Saya yakin Juve memiliki peluang untuk menjulang trofi terbesar di pentas Eropah itu.

"Kami perlu memberikan tumpuan, mengawal permainan sebaik yang mungkin.

"Tetapi terdapat beberapa perlawanan penting bulan hadapan dan kami perlu meraih keputusan
yang positif ketika bertemua Roma. Kami juga perlu menghadapi Lazio di pentas final Coppa Italia.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain saya. Mereka mara ke final tetapi esok kami perlu memberikan semula tumpuan kerana masih belum memenangi apa-apa lagi."

Advertisement

Must Watch Video