Massimiliano Allegri mahu Juventus memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menjuarai Serie A dan Coppa Italia sebelum pertemuan berdepan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL).
Juve mampu menjuarai Scudetto buat kali keenam berturut-turut jika meraih satu mata ketika berdepan Roma di Stadio Olimpico dan akan berdepan Lazio dalam final Coppa Italia, tiga hari berikutnya.
Jika gergasi Turin itu dapat melunaskan dua kejuaraan tersebut, mereka akan menjadi kelab kedua dari Itali untuk menyempurnakan 'treble' jika meraih kemenangan ke atas Real Madrid dalam final yang berlangsung di Cardiff pada 3 Jun depan.
Bagaimanapun, Allegri menasihati pemain-pemain supaya berwaspada dan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dalam usaha mereka mencipta sejarah pasukan.
"Buat masa ini, kami belum menjuarai apa-apa. Berdepan Roma adalah peluang kami untuk menjuarai gelaran liga," katanya.
"Ia adalah tugas sukar, Juve dan Roma merupakan pasukan yang memiliki pemain-pemain berkualiti dan sering menjaringkan gol. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar.
"Kami perlu mengambil satu langkah demi satu langkah, kami tidak memikirkan perlawanan pada bulan hadapan."