Pengurus Crystal Palace, Sam Allardyce, berminat untuk menandatangani penyerang Sunderland, Jermain Defoe, jika mereka berjaya meneruskan cabaran dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan 14 gol musim ini dan Allardyce, yang mengendalikan Sunderland musim lalu, berminat untuk mendapatkan khidmat Defoe di Selhurst Park.
"Jika kami terselamat, saya mahu cuba untuk mendapatkan Jermain Defoe bersama Crystal Palace," kata Allardyce.
Allardyce tidak mahu membincangkan mengenai penjaga gol Burnley, Tom Heaton, yang dilaporkan menjadi sasaran buat Palace dan Newcastle.
"Saya tidak berminat untuk membincangkan mengenainya. Perkara yang penting buat masa ini adalah memastikan kami terselamat daripada penyingkiran EPL."
Palace kini menduduki tangga ke-16 liga, enam mata di atas zon penyingkiran dengan berbaki tiga perlawanan musim ini.