Petinju MMA, Paddy Pimblett, antara nama dalam senarai penyokong Liverpool yang tidak sabar untuk melihat Trent Alexander-Arnold meninggalkan pasukan.
Alexander-Arnold bakal berhijrah meninggalkan kelab yang disertai seawal usia enam tahun pada 2004 dan bakal berpindah ke Real Madrid pada penghujung musim secara percuma.
Hakikat Alexander-Arnold bakal meninggalkan Anfield tanpa sebarang yuran perpindahan menambah kemarahan penyokong The Reds, memandangkan pemain berkaliber sepertinya mampu memberikan wang besar kepada kelab.
Sebaliknya, Liverpool tidak akan mendapat apa-apa selepas membentuk Alexander-Arnold selama dua dekad ini.
Sebilangan penyokong Liverpool, menuntut ketua jurulatih, Arne Slot, mengetepikan Alexander-Arnold di bangku simpanan sehingga penghujung musim dengan ada yang telah membakar jersi Liverpool yang terteta nama pertahanan itu.
Pimblett, salah seorang pengikut Liverpool, turut menyuarakan pendapatnya menerusi TNT Sports menjelang perlawanan dengan Michael Chandler di UFC 314.
"Saya tidak mahu bercakap mengenainya," kata Pimblett.
"Dia menjatuhkan nama Liverpool. Dia meninggalkan kami begitu sahaja.
"Dia selalu berkata dia mahu menjadi pengganti Gerrard, mahu menjadi kapten kelab dan kemudian meninggalkan kami.
"Dia tidak layak bergelar scouser."