Skip to main content

Bola Sepak

Alexander-Arnold tidak gentar tangani Vinicius Junior

vinicius.jpg
Trent Alexander-Arnold mengagumi kelincahan Vinicius Junior dalam perjalanan Real Madrid ke final Liga Juara-Juara (UCL) tetapi pemain Liverpool itu berkata bahawa mereka sudah mempunyai perancangan untuk merantai pemain Brazil itu.

Vinicius terlibat dalam 37 gerakan gol buat Madrid sepanjang musim ini dan jumlah itu merangkumi tiga gol dan enam bantuan di pentas berkenaan. 

Dengan sembilan sumbangan jaringan itu, Vinicius muncul sebagai pemain Amerika Selatan berusia 21 tahun ke bawah yang pertama yang terlibat dalam 10 gol atau lebih sejak Lionel Messi pada kempen 2008-09.

Walaupun Karim Benzema mungkin menjadi tumpuan utama sebelum perlawanan di Paris ini, Alexander-Arnold  sebaliknya bakal ditugaskan untuk menangani Vinicius di sebelah sayap kiri Madrid.




Ditanya menjelang pertembungan di Stade de France awal pagi esok dan bagaimana dia merancang untuk menyekat Vinicius, Alexander-Arnold berkata: "Saya sudah menjangkakan bakal berdepan yang terbaik.

"Akan ada pertempuran di seluruh padang; kami mempunyai perancangan permainan tersendiri bagi menghadapi setiap lawan. 

"Bagi Vinicius, dia seorang pemain yang menarik untuk ditonton tetapi kami mempunyai tugas yang perlu dilakukan sebagai kolektif dan individu. 

"Pasti akan ada persaingan secara individu tetapi pasukanlah yang akan ditabalkan pemenang."

Advertisement

Must Watch Video