Alejandro Garnacho memeterai perjanjian jangka masa panjang yang baru bersama Manchester United.
Pemain sayap berusia 18 tahun itu pada malam tadi menandatangi kontrak baru yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan hingga Jun 2028.
Garnacho telah membuat 31 penampilan pasukan utama bersama The Red Devils dan prestasinya tampak akan berkembang mekar.
Graduan akademi United itu berkata: "Apabila saya menyertai kelab yang luar biasa ini, saya bermimpi untuk membuat penampilan sulung iaitu bermain di Old Trafford, menjaringkan gol pertama dan memenangi trofi dengan lencana ini di dada saya.
"Saya berasa cukup bangga dan terharu sekali kerana telah mengalami detik-detik ini, malah keluarga memberi galakan terhadap setiap langkah saya.
“Kami semua berbesar hati kerana mempunyai peluang ini untuk meneruskan perjalanan kami di Manchester United dan saya sudah pun memulakan langkah untuk mencapai sasaran dan cita-cita seterusnya.
“Pengurus dan kakitangan kejurulatihan telah membantu saya untuk meningkat dalam setiap aspek dan dengan sokongan mereka, setiap hari saya berkembang demi membantu pasukan mencapai kejayaan.
"Saya mahu menikmati masa depan dan tidak sabar-sabar lagi untuk mencipta lebih banyak kenangan istimewa bersama kumpulan ini dan di hadapan penyokong hebat kami."

#FridayFeeling = secured ?
— Manchester United (@ManUtd) April 28, 2023
❤️ @AGarnacho7 #MUFC pic.twitter.com/DAVe2oF9uq