Aleix Vidal telah meninggalkan jelajah pra-musim Barcelona di Amerika Syarikat (AS) dan kembali ke Sepanyol apabila urusan perpindahannya ke Sevilla semakin hampir.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Barca dari Sevilla pada 2015 tetapi sekadar membuat 30 penampilan LaLiga ketika di Camp Nou.
Mampu bermain di bahagian pertahanan dan tengah, Vidal mendapati dirinya sebagai pilihan di belakang Sergi Roberto ketika di bawah bimbingan Luis Enrique dan Ernesto Valverde.
Laporan di Sepanyol mengaitkan bahawa bekas pemain Almeria berkenaan bersedia untuk kembali ke Ramon Sanchez Pizjuan.
Menerusi Twitter, Barca mengesahkan bahawa pemain tersebut telah meninggalkan siri jelajah skuad itu -- anak buah Valverde bakal berhadapan dengan AC Milan di Santa Clara esok -- - dan kembali ke Sepanyol dengan kebenaran kelab untuk menyelesaikan masa depannya.