Bayern Munich mengesahkan bahawa pemain pertahanan, David Alaba, tidak mengalami sebarang kecederaan ligamen lutut dalam aksi Piala Super-DFL.
Alaba terpaksa mendapatkan rawatan pegawai perubatan selepas diterjah oleh Danny Da Costa ketika skuad kendalian Niko Kovac itu menewaskan Eintracht Frankfurt 5-0, hujung minggu lalu.
Bayern terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Kovac telah menggunakan kesemua pemain gantian dan Alaba tidak dapat meneruskan permainan, dalam perlawanan yang menyaksikan Robert Lewandowski meledak hatrik.
Kovac memberitahu ZDF selepas perlawanan bahawa beliau berharap kecederaan lutut yang dialami Alaba tidak begitu serius dan ujian perubatan mengesahkan tiada kecederaan serius dialami oleh pemain kebangsaan Austria itu.
"Kecederaan Alaba dalam perlawanan ahad lalu tidak melibatkan ligamen tetapi dia tidak dapat meneruskan permainan," kata Kovac.
Juara Bundesliga itu akan memulakan saingan liga berdepan Hoffenheim di Allianz Arena pada 24 Ogos ini.