Skip to main content

Bola Sepak

Alaba terlepas persiapan akhir Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alaba.jpg
Pertahanan Real Madrid, David Alaba, tidak mengikuti persiapan skuad utama malam tadi, secara tidak langsung menimbulkan keraguan mengenai kelibatnya menentang Manchester City.

Alaba -- yang meraih gelaran LaLiga selepas memiliki 10 koleksi mahkota Bundesliga apabila membantu Madrid melakar kejayaan domestik, hujung minggu lalu -- terpaksa berlatih berasingan, menurut kemas kini di laman sesawang rasmi kelab.

Pertahanan serba boleh itu ditandatangani secara percuma musim lalu sejurus kontraknya bersama Bayern Munich tamat dan dia menjadi nadi di bahagian benteng Carlo Ancelotti musim ini dengan membuat 45 kemunculan.

 

Bagaimanapun, Alaba terlepas pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang City minggu lalu akibat masalah hamstring -- yang menyaksikan keputusan 4-3 memihak pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu -- dan sampai sekarang belum jelas sama ada dia sempat cergas tepat pada masanya menjelang aksi pada awal pagi Khamis ini.

Dia turut terlepas ketika mereka menghadapi Espanyol untuk mengesahkan kejuaraan LaLiga hujung minggu lalu. 

Gareth Bale juga tidak mengambil bahagian dalam latihan penuh sementara Eden Hazard meneruskan pemulihannya gara-gara patah tulang fibula.

Advertisement

Must Watch Video