Skip to main content

Bola Sepak

Aksi timbal balik pasti berbeza -- Maciel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor_6.jpg
"Jangan mimpi, belum lagi!" Demikian reaksi jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel, sebaik menjadi saksi kegagalan anak buahnya menyerlah sehingga gawang mereka dirobek tiga kali di Stadium Cheras, malam tadi 

Kemenangan 3-0 yang dicetak Selangor membawa gambaran bahawa Gergasi Merah sudah pun berada selangkah dalam aksi separuh akhir Piala FA. 

Hal itu diakui jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, yang tidak menjangkakan kemenangan mudah ke atas The City Boys. 

Walaupun menganggap apa jua boleh berlaku, namun Nazliazmi gagal untuk menyembunyikan rasa gembiranya dengan aksi bertenaga barisan pemainnya. 

"Bagi saya, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Walaupun kami menang 3-0 dalam pusingan pertama, ia tidak bermakna aksi sama akan berulang dalam perlawanan kedua kerana Kuala Lumpur pastinya akan cuba bangkit. 

"Apa yang pasti, Selangor kini berada di tahap terbaik untuk sentiasa memberikan persembahan yang diharapkan," kata Nazliazmi.

Luahan sama turut disuarakan Maciel, selagi 90 minit masih bersisa, selagi itu dia melihat peluang melakar kejutan masih mampu diusahakan menjelang aksi ulangan pada 21 April nanti. 

"Bagi kami, masih ada 90 minit dan kami tidak berputus asa. 

"Mereka mungkin menganggap sudah sebelah kaki ke separuh akhir dan Selangor boleh meneruskannya tetapi aksi kedua tentu akan sukar buat mereka. 

"Saya yakin ia pasti berbeza," ujar Maciel.

Advertisement

Must Watch Video