Skip to main content

Bola Sepak

Aksi Ramadan buat Perak makin tersepit

datuk-lim-teong-kim.jpg
Saingan pada Ramadan merencatkan perancangan ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim, yang terus buntu menyaksikan mereka rebah 1-3 di laman Penang FC, malam tadi. 

Skuad Harimau Kumbang mengawal sepenuhnya babak pertama dengan melancarkan serangan bertali arus ke atas kubu pelawat.

Hasilnya pada minit ke-7, Stadium Batu Kawan bergema dengan gol pertama menerusi rembatan padu Hassan Ali Saad.

Jaringan itu pantas membangkitkan semangat Penang yang menggandakan kelebihan pada minit ke-37 menerusi Nik Akif Syahiran Nik Mat yang menghukum kealpaan pertahanan lawan.

Empat pertukaran yang diperkenalkan Teong Kim sudah terlalu lewat untuk mengubah nasib permainan sekalipun cuba merapatkan jurng menerusi pemain import, Seo Seonung, pada minit ke-71.

Ia menjadikan kerancakan permainan lebih menjurus kepada Perak yang memburu gol penyamaan.

Begitupun, enam minit sebelum perlawanan berakhir, Giovane Gomes, meredakan keresahan peminat Harimau Kumbang dengan gol ketiga.

"Pemain mungkin masih terlena. Selepas merombak pemain dalam Babak kedua, permainan pun berubah.

"Tapi sekarang adalah bulan puasa, kami mengetengahkan kebanyakan pemain tempatan. 

"Ia kekurangan kami. Kami hanya memiliki dua pemain import selebihnya pemain tempatan dan kebanyakannya bangsa melayu. 

"Kamu boleh nampak mereka bergelut," katanya. 




 

Advertisement

Must Watch Video