PIALA DUNIA
Aksi menentang Iran bukan mengenai Ronaldo, tegas Santos
Jurulatih Portugal, Fernando Santos, berkata perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Dunia pasukannya bukanlah aksi Cristiano Ronaldo menentang Iran apabila beliau memberi amaran kepada pemainnya mengenai pertandingan sukar yang menanti mereka.
Ronaldo telah menyudahkan empat gol dalam saingan Kumpulan B untuk Portugal setakat ini, meledak jaringan hatrik ketika seri 3-3 dengan Sepanyol sebelum menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Maghribi 1-0.
Walaupun aksi cemerlang ditunjukkan penyerang Real Madrid itu, Santos menolak dakwaan bahawa tanggungjawab terletak di bahu Ronaldo untuk meraih keputusan menentang skuad Carlos Queiroz itu.
Iklan
"Dia membuat perbezaan di sini, di Real Madrid, di Manchester United, di Sporting," kata Santos menghuraikan tentang kerjaya Ronaldo.
"Ini bukan perlawanan di antara jurulatih Portugal dan Iran, ini bukan perlawanan Cristiano menentang sesiapa, ini adalah aksi Portugal melawan Iran."
Dalam pada itu, jurulatih berusia 63 tahun itu mengulas mengenai hubungannya dengan Queiroz, di mana skuadnya satu mata di belakang Portugal dalam kedudukan Kumpulan B selepas kemenangan ke atas Maghribi dan tewas 1-0 kepada Sepanyol.
Santos berkata dia kagum dengan kemajuan bekas jurulatih Real Madrid dan Portugal itu sejak dilantik mengendalikan Iran pada 2011.
"Dia rakan sekerja saya dan kawan selama 35 tahun," kata Santos. "Kami sering melakukan perjalanan dengan keretapi dan kami banyak berbincang tentang bola sepak kerana dia mengajar pada masa itu dan saya seorang jurutera. Dia akan melakukan yang terbaik untuk menang bersama Iran, saya pasti.
"Saya berpeluang menyaksikan kedua-dua perlawanan Iran dalam Piala Dunia ini dan 10 aksi di peringkat kelayakan. Saya yakin bahawa mereka adalah pasukan yang sangat kuat: Sembilan kemenangan, satu seri dan melepaskan hanya dua gol kepada Syria ketika mereka layak.
"Ada pemain berpengalaman dengan strategi yang kuat. Kami melihat organisasi pertahanan Iran dan bukan hanya kerana mereka tahu bagaimana bermain dengan baik.
"Akan ada dua pasukan yang terpaksa berusaha keras, yang akan memberikan segala-galanya.
"Saya mahu menang, rakan sekerja saya juga mahu menang dan ia akan menjadi pertempuran yang sukar, kami perlu bersedia."
Must-Watch Video



