Skip to main content

Bola Sepak

Aksi Luton-Burnley ditangguh kerana stadium belum siap dinaik taraf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luton’s.jpg
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan aksi sulung Luton di tempat sendiri ditangguhkan.

The Hatters awalnya dijadual bertemu Burnley di depan penyokong sendiri, Kenilworth Road, pada 19 Ogos tetapi hasrat itu perlu ditangguhkan berikutan keadaan stadium yang memerlukan kerja-kerja menaik taraf bernilai £10 juta (RM59.2j).

Ia bagi tujuan memenuhi kriteria penganjuran perlawanan peringkat tertinggi kancah itu. 

Lantas, The Clarets perlu membatalkan kunjungan mereka kerana ketika ini, Luton tidak dapat menjamin sebarang kerja tidak akan memberi kesan kepada perlawanan itu.

 

Dalam masa sama, The Hatters yang menewaskan Coventry menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan bakal membuka kempen mereka di Brighton pada 12 Ogos.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video