Skip to main content

Bola Sepak

Aksi legenda tiga negara batal atas faktor keselamatan di Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaq.jpg
Kejohanan Jemputan Tiga Penjuru Bersama Malaysia Singapura dan Indonesia di Riau, Indonesia terpaksa dibatalkan di atas faktor keselamatan.

Menerusi laman Thread Zaquan Adha, berkongsikan: "Ex Legend Malaysia tidak dapat meneruskan perlawanan di atas faktor keselamatan.

"Semoga ada hikmah di sebalik apa yg terjadi, walau apapun yang berlaku ucapan terima kasih buat tuan rumah (Riau,indonesia) yang memberikan layanan dan menjaga kami pasukan Ex Malaysia Legend dengan sangat baik.

"Semoga perhubungan antara Malaysia, Indonesia dan Singapura dapat diadakan lagi selepas ini." katanya. 

Antara bekas pemain kebangsaan yang mengambil bahagian adalah Asmawi Bakiri, Khalid Jamlus dan Indra Putra, pasukan legenda Malaysia turut diwakili Razman Roslan, Safiq Rahim, Farizal Marlias, Zaquan Adha Abdul Radzak, K. Gurusamy dan Mahali Jasuli.

Sebelum ini, aksi itu dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu) di Stadium Kaharuddin Nasution, Pekan Baru, Indonesia.

 

Advertisement

Must Watch Video