Skip to main content

Bola Sepak

Aksi di New Zealand bantu Harimau Malaya raih tonik tambahan

pau-marti.jpg
Kekurangan sesi latihan rasmi tidak mengganggu persiapan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang beberapa kelab terbaik dalam Liga New Zealand yang dijadualkan 14 Oktober ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente, menjadikan setiap perlawanan persahabatan sebagai cabaran sebenar untuk menilai tahap kekuatan skuad bimbinggannya itu.

"Perlawanan persahabatan menentang kelab di New Zealand ini akan membantu pemain untuk terlibat serta mendapatkan minit perlawanan jadi ia bagus buat para pemain.


 

'Setiap pemain amat penting tetapi jika kehilangan seorang pun, kita tetap ada pasukan dan pemain lain yang baik.

"Mungkin kita terlepas menentang skuad utama, tetapi kami di barisan jurulatih teruja dengan peluang ini.

"Saya percaya sudah lebih 20 tahun sejak Malaysia beraksi berdepan New Zealand, pasukan yang sukar tetapi saya rasa kita perlu menghadapi dengan rasa yakin dan mendapatkan keputusan yang terbaik," kata Pau Marti.



 
Sementara itu, pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba, teruja dengan kombinasi pemain remaja dan senior selain berasakan ini adalah peluang terbaik untuk menguji tahap kebersediaan pasukan sebelum panggilan kedua pada Disember nanti.

"Dengan gandingan pemain baru dan senior, ia merupakan satu dinamik yang baru buat pasukan dengan membawa bakat-bakat muda dalam pasukan dan memberikan penambahan yang baik.

"Ini adalah satu persiapan yang amat penting buat pasukan sebelum bulan December nanti." katanya Syamer Kutty Abba kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman di Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement

Must Watch Video