INTER 0 NAPOLI 1
Antonio Conte berasakan kejayaan Inter dalam pertembungan 'derby' dengan Milan telah mencetuskan kegugupan pasukannya dan menjadi punca mereka tumbang di Napoli dalam aksi separuh akhir pertemuan pertama Coppa Italia, awal pagi tadi.
Nerazzurri bangkit untuk menundukkan seteru kota itu 4-2 dalam perlawanan Serie A, Isnin lalu.
Ia adalah satu cerita yang berbeza awal pagi tadi yang menyaksikan Inter bergelut untuk mempamerkan rentak sebenar sebelum tersungkur 0-1 menerusi jaringan tunggal menarik daripada Fabian Ruiz dalam babak kedua.
Bercakap kepada Rai selepas perlawanan itu, pengurus Inter berkenaan berkata: "Perlawanan 'derby' tersebut telah menelan banyak tenaga kami terutama soal kegugupan.
"Saya membuat lima rombakan bagi menyuntik kesegaran tetapi Napoli, yang mengalahkan Juventus, Lazio dan Liverpool musim ini, telah membuktikan bahawa mereka memiliki kualiti.
"Saya berkata begitu memandangkan selepas Juventus, Napoli merupakan skuad yang paling mengagumkan dalam Serie A.
"Gennaro Gattuso bertindak bijak dengan bertahan, menunggu sebelum melancarkan serangan balas. Kami mempunyai peluang dan ia pasti akan menjadi satu keputusan yang adil jika kami mencatat seri.
"Apabila anda menentang sebuah pasukan yang gemar bertahan seperti ini, anda perlu menggerakkan bola dengan lebih cepat dan membuka ruang.
"Pengembaraan kami baru permulaan jadi jika ada pihak yang menganggap kami kini berada di tahap yang sama seperti pasukan handalan yang telah bertahan sejak beberapa tahun lalu, maka saya mahu mengatakan bahawa perjalanan kami masih jauh dan perlu menggunakan kekalahan ini untuk memperbaiki prestasi."
Christian Eriksen sekali lagi muncul sebagai pemain gantian, justeru Conte menjelaskan perancang dari Denmark itu masih mencari sentuhan terbaiknya selepas terumbang-ambing bersama Tottenham.
"Dia sememangnya pemain yang berkualiti. Dia perlu mencari semula keamatannya kerana dia jarang beraksi dalam tempoh enam bulan terakhir," kata bekas pengurus Itali itu mengenai muka baru berkenaan yang tiba bulan lalu.
Editor: Shaiful Shamsudin