Erling Haaland menyamai rekod 38 gol musim Mohamed Salah dengan menjaringkan dua gol semasa kemenangan 3-1 ke atas Leicester City, menjadikan jumlah keseluruhannya menjadi 32 gol dengan baki lapan perlawanan.
Erling Haaland has now 47 goals in 40 games as Manchester City player this season — and it’s 32 goals in Premier League. ?✨ #MCFC pic.twitter.com/jJO3Ko5syE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 15, 2023
Aksi paling penting bakal kunjung tiba apabila Arsenal bertandang di Stadium Etihad 27 April, aksi yang mungkin mempunyai implikasi serius di mana gelaran itu berakhir.
"Ia dilihat sebagai perlawanan akhir bagi mengejar gelaran liga kerana jika anda kalah dalam perlawanan ini, gelaran EPL sudah pasti bakal menjadi milik Arsenal," kata Guardiola.
"Semoga kami boleh tiba dengan peluang untuk berada di sana.
"Menang, menang dan menang. Mereka telah melakukan aksi yang luar biasa dan saya tidak fikir mereka akan kehilangan banyak mata jadi penting untuk kami mendapatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut."
Haaland diberi rehat pada separuh masa dan terlepas peluang untuk menjaringkan hatrik ketujuh dalam kempen sulung di England.
Pemain berusia 22 tahun itu dilihat ketawa dan bergurau dengan rakan sepasukannya di bangku simpanan ketika City menyaksikan kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan.
"Saya mahu dia dapat memecahkan semua rekod -- itu bermakna dia menjaringkan banyak gol," tambah Guardiola.
'Itu membantu tetapi saya fikir apa yang dia mahukan ialah memenangi gelaran.
"Namun kami perlu bermain lapan perlawanan dan dia hampir bermain kesemuanya."