Skip to main content

Bola Sepak

Aksi bersama kelab besar jadi sasaran Depay

memphisdepay-cropped_vaopvw0u9y7518mcxfj713lt1.jpg
Memphis Depay menguatkan lagi spekulasi dia akan meninggalkan Olympique Lyon selepas mendedahkan keinginan untuk menyertai kelab besar.

Pemain berusa 24 tahun itu menyertai Lyon dari Manchester United pada Januari tahun lalu, namun kini dilaporkan menjadi sasaran AC Milan selepas mengharungi kempen cemerlang bagi musim 2017/18 di Stadium Groupama.

Dia menjaringkan 19 gol dalam 36 aksi Ligue 1 untuk membantu pasukannya menduduki tangga ketiga liga dan kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah tetapi dia mahu meninggalkan skuad bimbingan Bruno Genesio itu untuk mendapatkan kejayaan bersama kelab-kelab gergasi Eropah.

"Ketika ini, saya gembira. Sudah tentu saya mahu beraksi bersama kelab yang lebih besar tetapi kita akan lihat apa yang berlaku," katanya.

Depay didenda oleh Lyon selepas gagal melaporkan diri untuk latihan pra-musim pada waktu yang tepat, sekali gus meningkatkan lagi kemungkinan dia bakal berpindah.

Walaupun mengakui ingin berhijrah, pemain kebangsaan Belanda itu menegaskan dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sekiranya gagal menyelesaikan urusan perpindahan.

"Jika saya harus kekal beraksi di sini, apabila liga bermula, saya akan memberikan komitmen penuh.

"Semua pemain mahu beraksi dalam liga yang besar bersama kelab-kelab gergasi.

"Jika ada kelab besar yang berminat, saya akan berbincang tetapi saya sangat gembira di Lyon. Saya juga gembira dengan pemain-pemain serta kualiti yang kami miliki," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video