ACLE
Aksi Arif Aiman, Theerathon Bunmathan jadi tumpuan lensa ACLE
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, menjadi tumpuan selepas aksinya ketika menentang Shandong Taishan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) sebelum ini berada dalam lensa pilihan kejohanan itu.
Gambarnya dikongsi dalam laman X menerusi dalam satu hantaran dengan tertulis: "Aksi ACLE zon timur yang ditangkap lensa".
Dalam pada itu, pemain Buriram United, Theerathon Bunmathan, ketika memperkuatkan pasukan berdepan Kawasaki Frontale turut menjadi pilihan dalam perkongsian di laman X itu.
Iklan
? The action of #ACLElite East captured through the lens! ?@tecnomobile | #ShotsoftheDay | #Stopatnothing | #TECNO pic.twitter.com/9o4oxhen1i— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 29, 2024
Harimau Selatan dan Buriram United bakal berentap dalam perlawanan keenam Kumpulan A di Stadium Sultan Ibrahim, esok bagi merebut gelaran 'Raja Asia Tenggara'.
JDT kini berada di kedudukan kelima peringkat kumpulan dengan mengumpul tujuh mata selepas lima perlawanan.
Must-Watch Video