Bekas pemain tonggak Kedah, Akram Mahinan, masih mencari rentak permainan bersama skuad PKNS FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019.
Akram, yang baru sahaja menyarung jersi skuad Semut Merah itu bulan lalu, mengakui bahawa dia masih memerlukan masa untuk mencari keserasian bersama pemain lain.
Walaupun berstatus pemain kebangsaan, itu bukan halangan buat Akram untuk menyesuaikan diri bagi memastikan PKNS mampu menjadi pencabar utama Liga Super musim ini menerusi gabungan pemain baru.
"Walaupun PKNS bukanlah pasukan besar, ia agak liat untuk dikalahkan.
"Ini kerana pasukan ini bekerja keras.
"Ini satu pengalaman baru dan saya akan buat yang terbaik untuk PKNS," kata Akram.
Sementara itu, ketua jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, ternyata meletakkan harapan menggunung terhadap Akram untuk menunjangi kejayaan PKNS musim ini..
"Akram boleh memikul peranan (penting) dan saya berpendapat dia mampu beraksi dengan lebih baik lagi berbanding malam ini (tadi) seiring dengan waktu," kata jurulatih itu ketika ditemui dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan PKNS menumpaskan Perlis 1-0 menerusi ledakan Kpah Sherman dalam separuh masa pertama.