Skip to main content

Bola Sepak

Akmal Zahir kekal pertahan benteng Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akmal-kedah-darul-aman.jpg
Tonggak pertahanan, Akmal Zahir, mengesahkan dia akan kekal bersama Kedah Darul Aman FC untuk tempoh semusim lagi.

Dia berharap Sang Kenari akan tampil lebih garang musim baru ini dengan kemasukan beberapa pemain di samping tiada lagi masalah melibatkan pembayaran gaji.

Jelas pemain berusia 29 tahun itu, dia bersedia untuk bergandingan dengan mana-mana pemain di bahagian pertahanan tengah selepas terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada gandingan import, Boyan Ciger dan Rodney Celvin, yang mengambil keputusan untuk berhijrah.

Untuk rekod, Akmal telah beraksi sebanyak 18 perlawanan dan menyumbangkan dua gol untuk skuad kendalian Nafuzi Zain itu dalam saingan Liga Super musim lalu.

"Saya masih lagi bersama Kedah yang menawarkan kontrak setahun lagi. 

"Kami mahu capai keputusan yang lebih baik daripada musim 2023. 




"Kami perlu hormati segala keputusan jurulatih. Saya harap pemain dapat buat yang terbaik buat Kedah. 

"Pemain -pemain haruslah mempunyai mental dan fizikal yang baik sebab ia akan menjadi musim yang panjang. 

"Aspek ini sangat penting untuk kami kekalkan sepanjang musim," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video