Skip to main content

Bola Sepak

Akmal Rizal tekad asah ketajaman Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang-2024-25.jpg
Ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, meratapi ketumpulan di jentera serangan yang memisahkan mereka untuk memungut mata penuh Liga Super apabila buntu tanpa jaringan dengan Terengganu. 

Harimau Kumbang cuba memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Bandaraya dengan melancarkan asakan awal, namun usaha mereka kerap disia-siakan di depan gawang. 

"Kami cipta banyak ruang dan peluang tapi kami gagal menghasilkan jaringan. 

"Kami cuba menekan Terengganu dalam separuh masa pertama tapi dengan kualiti yang ada, mereka mampu mengimbangi permainan. 

"Tetapi dalam separuh masa kedua, peluang menjadi 50-50. Apa pun kami mencipta banyak peluang dan percubaan ke arah pintu gol. 

"Mungkin juga (kami dinafikan) atas ketangkasan penjaga gol dan tuah. 

"Kami mempunyai seminggu lagi untuk bertemu PDRM. Jadi terpulang kepada saya untuk menajamkan serangan kami selepas ini," katanya dalam sidang media malam tadi. 

Selain memuji barisannya semakin selesa dengan taktikal diterapkannya sejak tiga bulan dilantik, Akmal Rizal tidak mahu terlalu menekan kepada penyerang import, Rodrigo Dias, dan Neto Oliveira.





"Dias bermain dengan baik, mungkin dia masih baru lagi bermain dalam Liga-M. Sama seperti Neto yang bermain baik pada malam ini. 

"Mereka akan teruskan tingkatkan prestasi saban hari. Saya yakin dengan kualiti serangan yang dimiliki Neto, Al-Hafiz Harun dan Aliff Ikmalrizal Anuar," katanya lagi. 



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video