Skip to main content

Bola Sepak

Akademi Peteh Kids komited cungkil bakat baru

img_3184.jpg
Seramai 55 pelatih berusia lima hingga 15 tahun menyertai Akademi Peteh Kids tahun ini sebagai salah satu laluan mengembangkan potensi dalam bola sepak.

Menurut pengurus akademi tersebut, Azimah Abdul Rahman, pihaknya sentiasa komited dalam mencungkil bakat-bakat baru sejak 2013 sambil dibantu empat jurulatih.

Penyertaan pelatih-pelatih di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta muncul juara bola sepak pantai tahun lalu merupakan antara pencapaian terbaik Akademi Peteh Kids.

"Atas permintaan tinggi ibu bapa, kami sudah mula membuka pendaftaran untuk pelatih berusia sehingga 15 tahun.

"Kami mengenakan bayaran RM25 setiap tahun selain RM5 setiap kali pelatih datang menjalani latihan bersama Akademi Peteh Kids," ujar Azimah dalam Majlis Pelancaran Akademi Peteh Kids, malam tadi.

Turut hadir ialah jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, tonggak import, Igor Zonjic, Abdul Malik Mat Ariff, Ahmad Syamim Yahya, Nasrullah Hanif Johan dan Adib Aizuddin.

Berpusat di padang Sekolah Kebangsaan Gong Kapas setiap hari Jumaat, pelatih-pelatih Akademi Peteh Kids juga merupakan maskot perlawanan TFC sejak 2015.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Advertisement

Must Watch Video