Skip to main content

Bola Sepak

AJFC: Peserta negara berlepas ke Munich

ajfc.jpg
Sebulan lalu, 10 peserta terbaik telah terpilih untuk menyertai Kem Bolasepak Remaja Allianz Asia (AJFC) dan kini tinggal dua dari Malaysia meneruskan perjuangan di Jerman.

Setelah lebih kurang sebulan dua peserta dari Malaysia yang dipilih untuk menyertai AJFC di Munich, tiba masanya untuk mereka berlepas kelmarin.

Dua peserta bertuah, Daniel Phoon Chun Tuck dan Kumaran Rraman berkongsi perasaan bercampur-baur dan perkara yang bermain di fikiran sebelum berlepas ke Jerman.

"Saya sangat gembira dan teruja berada di Jerman bagi meningkatkan lagi mutu permainan saya," kata Kumaran.

"Saya telah banyak melakukan latihan di Pulau Pinang dan mahu meraih sesuatu yang baru di Jerman," kata Daniel pula.

Sebagai remaja meningkat naik, Daniel membawa berita mengejutkan apabila memberitahu dia bergerak sendirian dari kampung halaman di Pulau Pinang ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-citanya.

"Ini merupakan pengorbanan saya yang datang ke Kuala Lumpur sebelum ke Jerman seorang diri kerana ibu bapa yang sibuk menguruskan adik saya di Pulau Pinang," tambah Daniel.
 

Advertisement

Must Watch Video