Skip to main content

Bola Sepak

AJFC: Pendedahan berbeza dialami di Bayern Munich

allianz.jpg
Peserta Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC) sedang giat mengikuti atur cara yang padat termasuk menjalani latihan bola sepak di padang Zaber Strasser, Jerman. 

Malaysia mempunyai dua wakil -- Daniel Phoon Chun Tuck dan Kumaran Raman -- dalam kalangan 58 peserta dari seluruh dunia. 

Seramai lima jurulatih pasukan remaja Bayern Munich ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta ini.

"Latihan di sini amat berbeza. Tidak sama seperti di Bangkok, Thailand, dulu. 
"Walaupun dalam kem latihan sahaja, mereka bersikap serius. 

"Banyak teknik diajar seperti kawalan bola. 

"Mereka juga menunjukkan langkah-langkah yang sepatutnya dibuat dalam perlawanan kecil yang diadakan," kata Daniel. 

Sementara itu, kesihatan Kumaran mengalami penurunan sejak sehari lalu. 

"Saya kekurangan air di dalam badan namun saya masih dapat menjalani latihan dengan baik.

"Syaa cuba pulih secepat mungkin," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video