Kuantan Soccerkids A menepati ramalan selepas muncul juara Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC) Zon Pantai Timur di Stadium IIUM Kuantan.
Turun sebagai juara bertahan, Kuantan Soccerkids A dilihat tidak berdepan masalah turun dalam perlawanan akhir menentang Tunas Lagenda Pahang.
Bagaimanapun, saingan sengit yang diberikan Tunas Lagenda menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pendahuluan sepanjang babak pertama.
Bersambung babak kedua, Kuantan Soccerkids memperkemas permainan dengan serangan bertali arus ke kubu pertahanan Tunas Lagenda.
Namun, mereka terpaksa menunggu sehingga minit terakhir permainan untuk mendapatkan gol kemenangan menerusi penjaring terbanyak kejohanan, Muhamad Syahir Saiful Nizam.
Kejayaan ini sekali gus mengesahkan status Kuantan Soccerkids sebagai juara untuk empat musim berturut-turut.
"Ini merupakan perlawanan akhir yang paling mendebarkan. Perlawanan yang menarik dan Tunas Lagenda memberikan tentangan yang hebat," kata jurulatih Kuantan Soccerkids A, Fairul Hisham C. Mustafah.
"Inilah bola sepak. Pasukan kami hanya tidak memiliki tuah dan kekalahan ini akan menjadi pemangkin pasukan saya untuk bermain dengan lebih baik dalam perlawanan akan datang," kata jurulatih Tunas Lagenda Pahang, Baharudin Salleh.