Pasukan CIMB-YFA Red Star menjuarai Kem Bolasepak Allianz (AJFC) Zon Tengah selepas menumpaskan Wira Semenyih SCFC 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium MPSJ Subang Jaya, semalam.
Selepas terpaksa berpuas hati di tempat ketiga kejohanan tahun lalu, CIMB-YFA Red Star turun dalam perlawanan akhir tahun ini dengan misi untuk muncul juara.
Rafael Shahzari Foo meletakkan CIMB-YFA Red Star di depan seawal minit kelima dan R. Kumaran menambah satu lagi jaringan 13 minit kemudian.
Dalam babak kedua, Wira Semenyih SCFC cuba mengatur serangan dan ia berhasil apabila Syazfitri Shaharudin meledakkan gol pertama pasukannya pada minit ke-56.
Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat ditiupkan, sekali gus CIMB-YFA Red Star merangkul kejuaraan tahun ini.
"Pemain-pemain telah berusaha dengan sebaik mungkin dan kami berjaya meraih kejuaraan selepas membuat persiapan sejak dua tahun lalu," kata jurulatih CIMB-YFA Red Star, Rada Krishnan Nadesan.
"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan CIMB. Saya juga mahu memberikan pujian kepada pasukan saya kerana telah berusaha untuk bersaing dengan pasukan yang jauh lebih kuat," kata jurulatih Wira Semenyih SCFC, Sa'ari Abdul Hamid.