Skip to main content

Bola Sepak

AJFC: Bintang Biru tundukkan juara bertahan

bintangbiru.jpg
Pasukan Bintang Biru menjuarai Kem Bolasepak Allianz (AJFC) Zon Utara selepas menumpaskan juara bertahan, KBB Allstar FC, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium USM Pulau Pinang.

Selaku juara bertahan, KBB Allstar FC turun ke perlawanan akhir hari ini dengan misi untuk mengekalkan kejuaraan Zon Utara buat kali ketiga berturut turut.

Bagaimanapun, Bintang Biru memulakan perlawanan akhir ini dengan langkah kanan apabila Syakir Adam Ramlan menjaringkan gol seawal minit keempat dan keputusan 1-0 kekal dalam separuh masa pertama

KBB Allstar cuba mengatur serangan sejak bermulanya separuh masa kedua, namun kesemua percubaan tidak mendatangkan hasil. 

Pada10 minit terakhir perlawanan, Bintang Biru terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penjaring gol mereka, Syakir Adam, menerima kad kuning kedua dan diikuti kad merah.

Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat ditiupkan, sekali gus Bintang Biru merangkul kejuaraan tahun ini.

"Dalam peringkat kumpulan, kami telah bertemu KBB. Kami telahpun melakukan persiapan dengan baik dan hasilnya kami berjaya meraih kemenangan," kata jurulatih Bintang Biru, Mohd Zafi Mohamed Ismail.

"KBB kerap melakukan kesilapan mudah hingga menyaksikan kami tewas dalam perlawanan ini," kata jurulatih KBB All Star, Yusoff Md Hussain

Advertisement

Must Watch Video