Skip to main content

Bola Sepak

Ajax tidak perlukan motivasi beraksi di ArenA Johan Cruijff

eriktenhag.jpg
Erik ten Hag menolak cadangan Ajax akan mencari keputusan seri dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Tottenham, perlawanan yang dilabel "terbesar" di ArenA Johan Cruijff, awal pagi esok.

Jaringan tunggal Donny van de Beek pada minit ke-15 di Stadium Tottenham Hotspur minggu lalu memastikan kelebihan 1-0 secara agregat buat skuad bimbingan Ten Hag itu.

Seri dengan Spurs cukup untuk Ajax menempah slot ke final di Wanda Metropolitano bulan depan tetapi Ten Hag memilih untuk mencipta kemenangan.

"Ya, kami perlu menang," kata Ten Hag.

"Saya mahu Ajax mencapai tahap yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicapai musim ini dan memenangi perlawanan ini.

"Kami perlu menang dan menggunakan setiap kelebihan yang kami miliki."

Ajax merangkul gelaran pertama musim ini selepas menewaskan Willem II 4-0 dalam aksi final KNVB Beker, Ahad lalu, dan mereka hanya tewas sekali dalam 17 perlawanan.

Tetapi Ten Hag menegaskan tiada peluang untuk mereka berpuas hati dengan pencapaian itu .

"Kami berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL). Corak permainan mereka jauh berbeza.

"Kami tidak perlu menayangkan video berunsur motivasi atau pendorong kepada pemain-pemain. Saya berasakan beraksi dalam perlawanan terbesar di ArenA Johan Cruijff cukup meningkatkan semangat mereka."

Advertisement

Must Watch Video