Skip to main content

Bola Sepak

Ajax tidak gentar pertaruh corak serangan hadapi Red Devils

bosz-240517.jpg
Peter Bosz berkata pasukannya perlu "bermain dengan pendekatan Ajax Amsterdam" untuk mengecewakan Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Europa, awal pagi esok.

Kelab gergasi dari Amsterdam itu dikagumi menerusi keberanian mereka menampilkan corak menyerang untuk meraih tempat di Stockholm apabila menang 5-4 secara agregat ke atas Lyon dalam aksi separuh akhir.

Pertembungan dengan Red Devils dianggap sebagai satu pertembungan gaya, dengan anak buah Bosz lebih cenderung menyerang manakala United di bawah tunjuk ajar Jose Mourinho dilihat lebih berhati-hati.

Jurulatih Ajax, Bosz, menuntut pasukannya mengekalkan prinsip mereka dalam aksi di ibu negara Sweden itu.

"Sudah tentu, kami mara ke perlawanan akhir dengan cara tertentu, ia adalah kelebihan kami," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan.

"Kami akan cuba untuk tidak mengubah apa-apa. Kami perlu berdepan dengan lawan, bergantung kepada lawan yang boleh membuat anda bermain dengan pendekatan berbeza.

"Anda membincangkan semua senario dengan pasukan anda, ia bergantung kepada sejauh mana kekuatan kami, kami akan mantap dengan corak permainan seperti ini.

"Satu-satunya peluang kami untuk menewaskan Manchester adalah dengan beraksi dengan cara kami sendiri. Kami telah membangunkan satu pendekatan dan kami berpeluang dengan cara sebegini.

"Ia sesuatu yang romantis (untuk mengatakan serangan menentang corak bertahan). Ia bergantung sejauh mana mantapnya mereka. Apapun, kita sedang berhadapan dengan dua gaya permainan. Kita akan lihat."

Selepas berjaya menerbitkan kekaguman, ketua jurulatih itu berkata adalah normal jika pasukannya berasa gemuruh dengan skala perlawanan itu.

"Saya akan menghantar mereka kepada doktor dengan kadar segera sekiranya mereka tidak berasa gemuruh!"

"Adalah tidak normal kalau mereka tidak berasa gementar. Bagi kebanyakan pemain saya, ini adalah pengalaman pertama mereka.

"Kami perlu menanganinya. Ia langkah yang besar di mana kami tiba sehari lebih awal.

"Mereka perlukan satu kepercayaan untuk dipegang."

 

Advertisement

Must Watch Video