Ajax mengesahkan pemain tengah, Abdelhak Nouri, kini dalam keadaan stabil selepas pengsan ketika beraksi dalam aksi persahabatan menentang Werder Bremen di Austria.
Dalam pertemuan di Lindenstadion, Hippach itu, pemain berusia 20 tahun itu rebah secara tiba-tiba ketika sedang berada di kawasan pihak lawan, menyebabkan perlawanan terus dihentikan dan penonton diminta untuk meninggalkan stadium serta-merta.
Pasukan penyelamat berserta ambulans dilihat memasuki padang sebelum sebuah helikopter tiba di stadium untuk membawa Nouri terus ke hospital.
Menerusi akaun Twitter, Ajax memberikan kenyataan bagi menjelaskan situasi yang berlaku.
“Ia adalah mengenai masalah denyutan jantung, namun kini kadar denyutannya semakin stabil,” kata kenyataan tersebut.
Nouri melalui musim yang hebat dalam kempen lalu selepas melakukan sembilan penampilan bersama skuad utama di bawah bimbingan Peter Bosz.
Sewaktu bersama Jong Ajax, Nouri berjaya merakamkan 10 gol dan 11 bantuan jaringan dalam kesemua 26 perlawanan.