Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ajax perlu terima label pasukan pilihan -- De Ligt

de-ligt.jpg
Matthijs de Ligt percaya dia dan rakan sepasukannya di Ajax boleh memanfaatkan tekanan mereka selaku pasukan pilihan dalam liga domestik untuk dibawa ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ajax menewaskan Tottenham Hotspur dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu, hasil jaringan Donny van de Beek dalam babak pertama.

Sebelum aksi timbal balik, awal pagi Khamis ini, Ajax -- yang mendahului saingan Eredivisie dengan kelebihan jaringan -- berpeluang meraih trofi pertama mereka musim ini ketika bertemu Willem II dalam final KNVB Beker, awal pagi Isnin ini.

Ajax merupakan pasukan pilihan untuk meraih kejuaraan ke-19 dalam kejohanan itu dan dengan kedudukan di puncak Eridivisie dan separuh akhir Liga Juara-Juara, dan De Light sedar jangkaan terhadap pasukannya sudah semakin meningkat.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 itu berasakan tekanan yang semakin meningkat itu akan membantu Ajax untuk lebih fokus dalam setiap perlawanan.

"Berdasarkan sesetangah orang, kami mungkin tidak lagi pasukan bukan pilihan ketika menentang Tottenham, namun ia sudah pasti kerana kami telah menewaskan Real Madrid dan Juventus.

"Ia akan membuatkan anda tertekan untuk meraih kemenangan.

"Status pasukan pilihan mendatangkan perbezaan, saya dapat rasakannya.

"Sudah pasti saya perlu lebih fokus.

"Kami masih bertanding dalam tiga kejuaraan dan setiap orang sedang bersemangat untuk melaluinya," katanya.

Kali terakhir Ajax memenangi piala domestik itu adalah pada 2010 dan ketua jurulatih, Erik ten Hag, menegaskan dia tidak akan mengambil risiko kehilangan kejuaraan berkenaan dengan merehatkan pemain menjelang pertemuan dengan Spurs.

"Saya tidak melihatnya sebagai waktu rehat.

"Saya hanya akan menyediakan pasukan yang mampu untuk menewaskan Willem II.

"Tiada pemain yang akan direhatkan.

"Kami akan berdepan Spurs, Rabu ini (awal pagi Khamis ini).

"Masih ada waktu yang cukup untuk memulihkan pemain," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video