Ajax berdepan masalah kecederaan serius menjelang aksi dengan Juventus dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, apabila Frenkie de Jong mengalami kecederaan paha sewaktu membantu pasukan itu menewaskan Excelsior 6-2 dalam saingan Eredivisie, awal pagi tadi.
Pemain tengah berpengaruh, De Jong, berjalan ke arah terowong sambil memegang belakang kakinya pada sejam pertama perlawanan ketika Ajax mendahului 1-0 hasil jaringan Klaas-Jan Huntelaar.
Dusan Tadic dan Huntelaar menambah kelebihan itu sebelum tamat babak pertama, namun De Jong berkemungkinan akan terlepas aksi di Turin, Rabu ini.
Skuad kendalian Erik ten Hag itu meraih keputusan 1-1 dalam suku akhir pertama di Arena Johan Cruyff, Khamis lalu, selepas David Neres memadam kelebihan awal Juventus menerusi tandukan Cristiano Ronaldo.
Pemain kebangsaan Belanda, De Jong, membuktikan dirinya sebagai pemain tengah yang paling mencuri tumpuan dunia menerusi aksi cemerlangnya sama ada di peringkat kelab mahupun antarabangsa.
Pemain berusia 21 tahun itu akan menyertai Barcelona, hujung musim ini selepas menandatangani perjanjian bernilai €86 juta (RM400.5 juta).