Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, tidak mahu memberi alasan dan menyalahkan mana-mana pihak ekoran kegagalan meraih tiga mata untuk kembali ke kelompok tiga terbaik bagi saingan Liga Super 2019.
Kecederaan beberapa pemain utama yang melibatkan Zaquan Adha Abdul Razak, Syahrul Azwari Ibrahim dan penggantungan Syakir Hamzah mula dijadikan alasan sesetengah pihak ekoran kegagalan Lang Merah membolot mata penuh di laman sendiri, malam tadi.
Namun, Aidil Syarin berkeras dan tidak mahu pemain-pemainnya dituding sebagai punca kegagalan Kedah mendaki carta.
Menurutnya, Kedah tidak hanya bergantung kepada beberapa nama sambil menegaskan kedudukan Lang Merah ketika ini adalah hasil usaha semua pemain dan barisan kejurulatihan walaupun baru dibentuk lima bulan.
"Bola sepak merupakan permainan yang melibatkan 11 pemain.
"Saya tidak boleh memberi alasan penggantungan pemain menjadi punca kami gagal beraksi baik.
"Kami bukannya tidak beraksi baik, malah kalau berdasarkan statistik, kami menguasai permainan dengan baik.
"Cuma ada masanya kami melakukan kesilapan individu yang menghukum kami, bukannya sebab pihak lawan mencipta peluang," ujarnya.
Dalam pada itu, ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, tidak menafikan berasa terkilan biarpun rekod tanpa kalah Kedah di Stadium Darulaman dapat dipertahankan.
"Semestinya apabila Selangor menjaringkan gol, kami perlu mendapatkan gol untuk merapatkan jurang.
"Kami inginkan tiga mata penting tetapi apakan daya Selangor bermain baik malam ini.
"Kami masih berpuas hati dengan keputusan ini dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri musim ini," katanya.