Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, boleh menarik nafas lega setelah barisan pemainnya membawa bekalan selesa dengan menundukkan PKNS FC 3-1 dalam suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.
Skuad Lang Merah itu memperoleh tiga gol berharga untuk dibawa ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, 10 Mei ini.
Dua gol daripada pemain kelahiran Argentina, Jonatan Bauman, serta satu daripada pemain import Sepanyol, Fernando Rodriguez, meletakkan Kedah di landasan terbaik untuk menghampakan finalis edisi 2016 itu.
Tugas kian mudah buat barisan kendalian Aidil Sharin itu memandangkan mereka akan beraksi dengan sokongan padu penyokong Hijau Kuning dalam suku akhir kedua.
"Saya hanya mahu memikirkan tentang usaha keras yang dilakukan pasukan kami.
"Walaupun momentum kami agak menurun dalam babak kedua, setiap pemain masih memberikan komitmen yang luar biasa," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menyifatkan perjuangan pasukannya masih belum berakhir biarpun ketinggalan secara agregat.
Menurutnya, PKNS FC masih belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih dan ia dibuktikan selepas Gabriel Guerra masih mampu untuk menjaringkan satu gol biarpun pasukannya bermain dengan 10 pemain susulan kad merah yang dilayangkan kepada Tamirlan Kozubaev.
"Mungkin kami sudah biasa beraksi dalam keadaan tertekan.
"Kedah beraksi di laman sendiri selepas ini, jadi mereka sudah pasti perlu memberikan aksi terbaik," katanya.