Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, mahu anak buahnya mengawal nafsu ketika berbuka puasa andai enggan berputih mata menjelang pertemuan menentang PKNS FC dalam suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam ini.
Membimbing pasukan dalam bulan Ramadan bukanlah sesuatu yang asing buat Aidil Sharin memandangkan dia pernah berdepan situasi sama ketika mengendalikan Home United di Singapura.
Bagaimanapun, perbezaan ketara adalah waktu sepak mula perlawanan yang jauh lebih awal di Negara Seberang Tambak itu berbanding jam 10 malam yang ditetapkan dalam Liga Malaysia.
"Di Singapura, saingan liga tempatan tidak akan berhenti pada bulan Ramadan dan perlawanan akan bermula seawal 7.30 malam.
"Kami hanya berbuka puasa selama lima hingga 10 minit sebelum mula beraksi.
"Pemain perlu berdisiplin dalam memilih makanan sewaktu berbuka puasa.
"Mereka perlu memastikan yang mereka tidak terlebih makan supaya dapat bertahan untuk beraksi selama 90 minit.
"Bagaimanapun, keamatan permainan pasti akan berbeza," katanya.
Aidil, bagaimanapun, memberi bayangan bahawa dia tidak akan melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pasukannya seperti ketika merekodkan kemenangan 3-1 dalam suku akhir pertama di Shah Alam, 30 April lalu.
Hanya terdapat kebimbangan kecil membabitkan ketiadaan pertahanan import, Renan Alves, menjelang pertemuan di Alor Setar, malam ini.
"Kita akan melihatnya kerana Renan digantung perlawanan dan sudah pasti akan terdapat sedikit perubahan.
"Bagaimanapun, saya mengharapkan mentaliti dan respons yang sama seperti perlawanan lalu.
"Harap-harap pemain yang terpilih dapat melakukan tugas dengan baik," tambahnya.