Skip to main content

Bola Sepak

Aidil Sharin bukan lagi ketua jurulatih Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sharin-sahak.jpg
Kedah Darul Aman FC hari ini mengumumkan bahawa kelab itu telah memilih haluan berbeza dengan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Dengan ketiadaannya, penolong jurulatih, Victor Andrag, akan bertindak sebagai ketua jurulatih interim bagi saingan Piala Malaysia bermula hujung bulan ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kedah memaklumkan bahawa keputusan itu diambil untuk memberikan keutamaan buat perancangan kelab itu bagi musim 2023.

Kenyataan itu berkata: "KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang empat tahun di bumi Jelapang Padi dengan meninggalkan legasi dan rekod pasukan bola sepak Kedah muncul juara Piala FA 2019, naib juara Piala Malaysia 2019, naib juara Liga Super musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2022, termasuklah kejayaan membawa Kedah tiga tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 dan ke saingan Piala AFC tahun 2021 dan 2022.

"Ahli Lembaga Pengarah KDA FC memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin Sahak, ketua jurulatih pasukan KDA FC, bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini

"KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihan beliau di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihannya cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan Asean."


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video